I made this widget at MyFlashFetish.com.

:(

Aku dah mula benci dengan hidup aku. Hidup aku macam dah tak berguna. Takda siapa pun yang pedulikan  diri aku tentang perasaan aku bukan setakat kawan-kawan aku malah family aku sendiri. Aku tahu diri aku ini sering diperbodohkan dan sering diperalatkan mungkin diorang ingat aku tak kesah sangat dengan apa yang diorang buat kat aku. Aku rasa diri aku ni macam beban bagi diorang. Aku bukannya boleh buat apa-apa pun, bukannya aku sendiri yang mintak semua ni berlaku pada diri aku. Mungkin dengan rupa aku yang memang tak seberapa ni diorang boleh buat apa saja yang diorang nak, diorang boleh buli aku sesuka hati? Aku rasa aku memang budak paling malang dalam hidup ni. Aku tak pernah diberikan kesenangan walaupun abah aku agak tebal poketnya. Jangan katakan keperluan, aku tak pernah dapat apa yang aku inginkan. Janji-janji abah aku tak pernah ditunaikan. Masa aku 12 tahun pernah dia janjikan aku dulu dia nak belikan aku Phone yang baru, DIA SENDIRI YANG BELIKAN. Sia-sia ja janji abah aku, sekarang aku dah 18 tahun Phone yang aku dapat daripada MAK aku sendiri masa aku form 3 CSL secondhand tu pun yang mak aku punya. Kalau lepak dengan kawan-kawan aku memang malu gila nak keluarkan Phone dari dalam poket. Orang lain dah tukar Phone yang stylo boleh on9, wechat, Line. Bukannya kawan-kawan aku saja malah adik aku sendiri boleh pakai BB lagi, aku just tengok dan pendam ja perasaan aku. Abah aku pernah la jugak dia janji nak belikan transport untuk aku ke sekolah, keperluaan kowt. Aku ingat aku boleh la ringgankan beban mak aku yang terpaksa menghantar aku dan adik aku yang paling kecik tu. Kalau mak aku nak hantar aku dengan adik aku memang susuah la sebab jarak sekolah aku dengan adik aku memang jauh. Sebab tu la aku berharap sangat kalau abah aku belikan transport untuk aku senang la sikit mak aku tapi, seperti yang aku bagitau janji abah aku hanyalah sia-sia. Sampai sekarang mak aku terpaksa menghantar aku ke sekolah yang jaraknya dua kali ganda dengan jarak masa aku sekolah menengah dulu, sekarang ni aku form 6, sekolah aku lagi jauh dari sekolah lama aku, sekolah lama aku mana ada form 6. Aku rasa macam tak adil ja hidup ni.    

Story jer..

Assalamualaikum


Hmmm... Sekarang ni pemikiran aku tengah berserabut. Banyak benda aku nak kena pikir sekarang ni. Banyak pulak masalah aku sekarang ni. Terlintas difikiran aku, adakah aku perlu teruskan usaha aku sekarang ini atau aku perlu perlu berhenti sahaja. Makin lama dipikirkan masalah ni hati aku makin gelisah. Aku berdoa dan terus berharap kepada Allah S.W.T. agar dipermudahkan urusan aku dan bukakan pemikiran dan pintu hati aku supaya aku menemui jalan yang benar. Amin..

Sudah satu bulan setengah aku menunggu dan melepak ja kat rumah tanpa rasa segan silu. Haha.. Bilalah aku dapat bekerja dengan abah aku. Dengar cerita lagi 2 3 minggu lagi. Hmm.. AP pown dah dapat. Lepas ni boleh le jadi ushawan plak. Haha.. Bukannya apa, cuma nak tambah duit poket ja. Jelous la jugak bila tengok kawan-kawan kita tiap-tiap minggu pergi enjoy, tukar HP la. Kita pown nak jugak. Huhu.. Xpa, apa yang paling penting adalah usaha. Allah tidak akan tolong hambanya melainkan kita berusaha. Macam karanagan pulak. Haha.. Dengar cerita result keluar 20 March. Rasa takut gementar suma ada. Mana taknya, masa depan kowt. Aku berharap sumanya akan OK. ^_^

NEW BEGINNINGS



ASSALAMUALAIKUM


Agaknya lama jugak la dah tingal pasal blog ni. Maklumlah, asyik sibuk ja manjang. Lepas ja abis SPM kehidupan dah tak macam dulu dah. Takda banyak problem, takyah pikir pasal benda lain selain daripada pelajaran, bangun ja pagi-pagi terpikir pasal homework la, pasal cikgu yang garang giller la. Tapi... Sekarang ni sumanya dah berubah. Kadang-kadang ada jugak la terpikir sebab sekolah. Rindu la kowt zaman persekolahan. Mana taknya. Zaman persekolahan adalah zaman yang paling bebas and awesome. Kita takyah pikir pasal problem kerajaan, politik, dan yang penting sekali adalah duit. Zaman yang meyimpan 1001 kenangan kita adalah zaman persekolahan dimana sekolahlah yang mengajar kita erti sebenar kehidupan dan belajar berdikari serta memberanikan diri untuk bergaul dan berinteraksi dengan semua orang. Sekarang ini, apabila berakhirnya tahun 2012 maka bermulalah tahun 2013. Azam tahun baru? Bila dipikirkan balik, hampir 12 tahun kita berazam untuk menjadi pelajar yang terbaik, pelajar cemerlang, nak dapat 5A, 7A, 8A dalam exam tapi bila berakhirnya zaman persekolahan tetiba terpikir. Apakah azam aku tahun ini? Ramai orang yang berazam untuk cari duit. Dapat ja duit macam-macam diorang nk beli, nak buat tu la nak buat ni la. Tapi tak jadi masalah pown itu suma atas kehendak sendiri usaha sendiri. Dah lama tak update blog banyak benda yang nak dicerita. Hehehe... ^_^  See U next time. LIFE WITH OWN STYLE!

Life is good !

Hati menjadi tenang kalau masalah tiada. Xtaw knapa tetiba hati aq menjadi tenang sekarang ni? Tp aq brharap hati ni akn ttp tenang. Jika tiada masalah mesti suma org gembira dan dunia ni akn mnjd aman tp, kalau kita tiada masalah bukan la hidup namanya. Hehehe... Klu kita ada masalah kita kena ler kongsi ngn kwn2 yg rpt ngn kta sbb kwn2 shj yg dpt menolong kta berbnding dengan GF kta sndri, ad sesetnghnya xakn dpt mmbntu kita jika kita memrlukn prtolongn. Itu la gunanya kawan. memang seronok bila kita mempunyai bnyk kwn yg amik berat. SUCH GOOD 2 HAVE MANY FRIEND !!!