I made this widget at MyFlashFetish.com.

:(

Aku dah mula benci dengan hidup aku. Hidup aku macam dah tak berguna. Takda siapa pun yang pedulikan  diri aku tentang perasaan aku bukan setakat kawan-kawan aku malah family aku sendiri. Aku tahu diri aku ini sering diperbodohkan dan sering diperalatkan mungkin diorang ingat aku tak kesah sangat dengan apa yang diorang buat kat aku. Aku rasa diri aku ni macam beban bagi diorang. Aku bukannya boleh buat apa-apa pun, bukannya aku sendiri yang mintak semua ni berlaku pada diri aku. Mungkin dengan rupa aku yang memang tak seberapa ni diorang boleh buat apa saja yang diorang nak, diorang boleh buli aku sesuka hati? Aku rasa aku memang budak paling malang dalam hidup ni. Aku tak pernah diberikan kesenangan walaupun abah aku agak tebal poketnya. Jangan katakan keperluan, aku tak pernah dapat apa yang aku inginkan. Janji-janji abah aku tak pernah ditunaikan. Masa aku 12 tahun pernah dia janjikan aku dulu dia nak belikan aku Phone yang baru, DIA SENDIRI YANG BELIKAN. Sia-sia ja janji abah aku, sekarang aku dah 18 tahun Phone yang aku dapat daripada MAK aku sendiri masa aku form 3 CSL secondhand tu pun yang mak aku punya. Kalau lepak dengan kawan-kawan aku memang malu gila nak keluarkan Phone dari dalam poket. Orang lain dah tukar Phone yang stylo boleh on9, wechat, Line. Bukannya kawan-kawan aku saja malah adik aku sendiri boleh pakai BB lagi, aku just tengok dan pendam ja perasaan aku. Abah aku pernah la jugak dia janji nak belikan transport untuk aku ke sekolah, keperluaan kowt. Aku ingat aku boleh la ringgankan beban mak aku yang terpaksa menghantar aku dan adik aku yang paling kecik tu. Kalau mak aku nak hantar aku dengan adik aku memang susuah la sebab jarak sekolah aku dengan adik aku memang jauh. Sebab tu la aku berharap sangat kalau abah aku belikan transport untuk aku senang la sikit mak aku tapi, seperti yang aku bagitau janji abah aku hanyalah sia-sia. Sampai sekarang mak aku terpaksa menghantar aku ke sekolah yang jaraknya dua kali ganda dengan jarak masa aku sekolah menengah dulu, sekarang ni aku form 6, sekolah aku lagi jauh dari sekolah lama aku, sekolah lama aku mana ada form 6. Aku rasa macam tak adil ja hidup ni.    

No comments: